Saturday 30 June 2012

Sayang sayang sayang




satu kisah yg masih saya ingat, diceritakan oleh sorang sahabat saya...,

ade sepasang suami isteri yg mane kehidupan mereka hanyalah sederhana, tidak terlalu kaya dan tidaklah terlalu miskin. si suami berkerja siang dan malam untuk mencari nafkah untuk menanggung kehidupan bersama isteri nya yg tercinta, isterinya tidak berkerja dan hanya menjadi seorang suri rumah.

mereka tidak lagi dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. pada suatu hari isterinya telah membawa seorang lelaki masuk kedalam rumahnya dan perkara ini telah diketahui oleh si suami, akibat terlalu sayang kepada isterinya dia memaafkan isterinya dan menyuruh nye untuk tidak membuatnya lagi.

akan tetapi kejadian ini berulang lagi dan ini mejadikan suaminya terlalu marah dan tidak puas hati kepada isterinya kerana tidak mendegar kata kata dan nasihatnya. setelah si isteri mengaku yg dia bersalh, si suami memaafkan isterinya dan menasihatinya agar perkara ini tidak berulang lagi.

akibat kedegilan si isteri untuk patuh dan mendengar kata kata suaminya perkara ini terjadi lagi, kali ini si suami terlalu marah dan tidak dapat memaafkan isterinya lagi. akibat terlalu marah dan tidak puas hati si suami telah menceraikan si isteri nya. begitulah kehidupan si isteri yang tiadak patuh kepada arahan suaminya

xxx

sayang nya seorang suami kepada isterinya telah membawa kepada penceraian atas kedegilan si isteri untuk patuh kepada suaminya, begitulah juga kita dgn pencipta kita Allah s.w.t, akan tetapi sayang nya Allah kepada kita tidak terbatas walaupun berkali kali kita tidak patuh kepada Nya dan melanggar perintah perintah Nya masih ade lagi ruang kemaafan diberikan kepada kita dan Allah amat sayang kapada hambanya yg selalu bertaubat.

sayang nya Allah kepada hamba hambanya berpuluh puluh kali ganda sayang nya seorang ibu kepada anaknya. hari ini sahabat sahabat marilah kita sama2 perbaiki diri kita agar dapat mematuhi segala perintah Nya dan mengamalkan solat taubat di dalam kehidupan kita seharian...Allah sayang, Allah bantu...;)





Tuesday 19 June 2012

Flashback



Alahmdulillah selesai sudah flashback menggunakan blogspot nih cuma kalau nk edit edit layout masih belum pandai lagi laa...soon insyaAllah. Allah bantu,Allah sayang...;)

Saya matang tak?


*jgn pandang saya, saya segan...hik3


sedikit penjelasan dari sudut Al quran dan As sunnah maksud dan ciri ciri orang yg matang. sama sama kita baca dan kita sampai sampaikan insyaAllah...Allah bantu, Allah sayang...;)

xxx

Al quran

kriteria yg diberikan oleh Al quran bagi mereka yg dikategorikan orang yg matang beragama islam cukup banyak. seperti pada sepuluh ayat pertama pada Surah Al-mu’minun dan bahagian akhir dari Surah Al-furqan...,
  • mereka yg khusyu’ solatnya
  • menjauhkan diri dari tiada berguna
  • menunaikan zakat
  • menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri isteri yg sah
  • jauh dari perbuatan melampaui batas
  • memelihara amanat dan janji yg dipikulnya
  • memelihara solatnya
  • merendahkan diri
  • menghidupkan malamnya dgn bersujud
  • selalu takut dan meminta ampunan agar terjauh dari jahanam
  • membelanjakan hartanya secara tidak berlebihan dan tidak pula kikir
  • tidak menyekutukan Allah tidak membunuh tidak berzina
  • suka bertaubat tidak memberi persaksian palsu dan jauh dari perbuatan sia-sia memperhatikan al quran bersabar dan mengharap keturunan yg bertaqwa


As sunnah

Rasulullah s.a.w memberikan batas minimal bagi seorang yg disebut muslim yaitu disebut muslim itu apabila muslim muslim lain merasa aman dari lidah dan tangannya . sementara ciri ciri lain disebutkan cukup banyak bagi orang yg meningkatkan kualiti iman mereka. sehingga tidak jarang Nabi s.a.w menganjurkan dgn cara peringatan seperti

barangsiapa beriman kepada Allah dan Rasul Nya hendaknya dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” . “tidak beriman seseorang sampai tetangganya merasa aman dari gangguannya” . “tidak beriman seseorang kepada Allah sehingga dia lebih mencintai Allah dan Rasul Nya dari pada kecintaan lainnya” . 

dengan demikian petunjuk petunjuk itu mengarahkan kepada seseorang yg beragama islam agar dia menjaga lidah dan tangannya sehingga tidak mengganggu orang lain demikian juga dia menghormati tetangganya saudara sesama muslim dan sangat mencintai Allah dan Rasul Nya.

ringkas kata dia berpedoman kepada petunjuk al quran dan mengikuti contoh  Rasulullah s.a.w sehingga dia betul betul menjaga hubungan “hablum minallah” dan “hablum minannaas”.


xxx

peringatan shahabat Ali r.a. bahwa klimaks orang ciri keagamaannya matang adalah apabila orang tersebut bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan inti taqwa itu ada empat menurut Ali r.a...,
  • mengamalkan isi al-quran
  • mempunyai rasa takut kepada Allah sehingga berbuat sesuai dgn perintah Nya dan meninggalkan larangan Nya
  • merasa puas dgn pemberian atau karunia Allah s.w.t meskipun terasa sedikit
  • persiapan utk menjelang kematian dgn meningkatkan kualiti keimanan dan amal soleh


sedangkan Ibnul Qoyyim ulama abad ke 7 menyebutkan 9 kriteria bagi orang yg matang beragama islam...,

  • dia terbina keimanannya yaitu selalu menjaga turun naik keimanannya agar selalu bertambah kualitinya
  • dia terbina ruhiyahnya yaitu menanamkan pada dirinya kebesaran dan keagungan Allah serta segala yg dijanjikan di akhirat kelak sehingga dia menyibukkan diri utk meraihnya
  • dia terbina pemikirannya sehingga akalnya diarahkan utk memikirkan ayat ayat Allah
  • dia terbina perasaannya sehingga segala ungkapan perasaan ditujukan kepada Allah senang atau benci marah atau rela semuanya krn Allah.
  • dia terbina akhlaknya di mana sehingga kalau berbicara dia jujur bermuka manis menyantuni yg tidak mampu tidak menyakiti orang lain dan berbagai akhlak mulia
  • dia terbina kemasyarakatannya krn menyedari sebagai makhluk sosial dia harus memperhatikan lingkungannya sehingga dia berperan aktif mensejahterakan masyarakat baik intelektualnya ekonominya kegotang-royongannya dan lain lain
  • dia terbina keamuannya sehingga tidak mengumbar kemauannya ke arah yg distruktif tetapi justru diarahkan sesuai dgn kehendak Allah. kemahuan yg mendorongnya selalu beramal shaleh
  • dia terbina kesehatan badannya krn itu dia memberikan hak hak badan utk ketaatan kepada Allah krn Rasulullah s.a.w bersabda “orang mukmin yg kuat itu lbh baik dan dicintai Allah daripada mukmin yg lemah
  • dia terbina nafsu seksualnya yaitu diarahkan kepada perkawinan yg dihalalkan Allah swt sehingga dapat menghasilkan keturunan yg soleh dan bermanfaat bagi agama dan negara.

Cover cover

*ni gelak ke ape ni? ngeee~




ni nk post sket cara cara pro cover bile jatuh...hehe
bile korng jatuh aper korng perlu utk cover drpd malu...,

terjatuh coz t'sepak batu
- jgn bangun trus sebaliknya berguling untuk tarik perhatian org ramai. bila org dah tak heran kat korang, baru bangun

terjatuh dari beskal
- naik smula dan jatuh smula.ulang berkali kali supaya org ingat korang x reti bawak beskal

terjatuh tangga
-terus bersilat seperti de makhluk halus yg mengganggu anda

terjatuh lam longkang
- kutip sampah lam longkang tuh dan memaki hamun org yg buang sampah tuh. so, org anggap korang ni prihatin

terjatuh masa naek bas
- jerit ngan kuat "woi! sape tolak ni" walaupun anda org terakhir




*cool kan? (frm drsongo.blogspot.com)

Monday 18 June 2012

Manusia cemerlang!




imej diri manusia cemerlang...,

  • ceria
  • senyuman
  • bersih (zahir dan batin)


keperluan hati...,

  • sangat memerlukan ILMU
  • iman
  • al-quran
  • zikrullah
  • peringatan terhadap akhirat
  • kasih sayang (kepada Allah, rasul dan ibu bapa)

*kalau tidak mendapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat...;)

Sebelah kepak nyamuk

*nmpk mcm besar kepak nyamuk nih kan? hehe sebenarnya kecik jew, gambar ni menipu ngeee~


" Allah telah menjadikan dunia ini adalah syurga bagi org org kafir dan penjara/neraka bgi org org yg beriman, jikalaulah dunia in berharga semahal sebelah kepak nyamuk, nescaya Allah s.w.t tida akan memberikan kemewahan dunia in kepada org org kafir walaupun sedikit "

xxx

lihatlah sahabat sahabat betapa sayangnya Allah kepada hamba hambaNya yg beriman bahkan berpuluh puluh kali ganda sayangnya Allah kepada hamba hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

hari ini saya sayang kepada Allah tetapi segala perintah dan laranganNya tidak saya taat dan patuh.

hari ini saya sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi sunnah sunnah beliau tidak saya ikuti, kate kate beliau di dalam hadis tidak pernah saya baca dan saya amalkan.

hari ini saya redha islam adalah agama saya tetapi saya tidak mempunyai kesungguhan untuk mendalami ilmu ilmu agama hanya yg ada hanyalah pembaziran masa semata mata.

bagaimana saya ingin menjadi hambaNya yg bertakwa? bagaimana saya ingin menjadi seperti para para sahabat yg sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan ikut sunnah sunnah Rasullullah , bagaimana?

hari ini marilah sama sama kita letak kan azzam/niat semoga kita menjadi umat islam yg lebih baik dari semalam dan sama sama kita usaha atas niat kita insyaAllah!...Allah bantu, Allah sayang...;)

Sunday 17 June 2012

Youtube


testing testing...ngeee~ ^^,

Mimpi




hari ini mimpi kebanyakkan manusia hanyalah sekadar mainan tidur, adakalanya mimpi ini datang seperti angin yg bertiup apabila tersedar daripada tidur gambaran mimipi itu sama ada dapat dingat atau hilang dan lenyap, namun adakalanya mimipi ini menjadi kenyataan dalam kehidupan realiti kita dan dpt dijadikan buah fikiran, tidak semua mimpi dapat kita tafsirkan makna kandungannya.

akan tetapi mimpi seorang yg taat kepada Allah merupakan gambaran yg mempunyai maknanya yg tersendiri, nasihat nasihat yg baik dan gambaran gambaran yg akan berlaku dalam kehidupan realiti mereka.

xxx

ade suatu kisah yg sangat menarik ttg mimpi seorang hamba Allah yg dapat kita jadikan tauladan insyaAllah...,

pada suatu hari seorang hamba Allah telah bermimpi, di dalam mimpinye itu dia sedang berlari dalam keadaan yg takut kerana dikejar oleh seekor singa, akibat keletihan beliau ternampak sebatang pokok lalu memanjatnye dgn pantas akan tetapi singa ini tidak berputus asa lalu cuba untuk memanjat pokok tersebut akibat telalu takut hamba in telah bergayut pada seutas tali yg  telah terikat pada dahan  pokok itu, tiba tiba telah datang 2 ekor tikus yang berwarna hitam dan putih terus mengigit tali itu sedikit demi sedikit. tanpa tidak disedari di bawah beliau terdapat seekor ular sawa yg sangat besar sedang mennuggu dia jatuh daripada pokok itu.

keadaan ini  sangat merungsingkan si hamba ini, tiba tiba jatuh lah setitik madu yg berasal daripada sarang lebah diatas pokok itu dan kerana titikkan madu yg manis itu membuatkan si hamba Allah in lupa akan segala ancaman yg dtg kepada nya, lalu hamba in tersedar daripada tidurnya.

keesokan hari nya dia telah berjumpa dgn seorang ahli tafsir mimpi dan menyuruhnya menafsir mimpi itu. setelah diceritakan mimipi itu lalu ahli tafsir ini berkata, "singa tersebut adalah mati yg sentiasa mengejar kamu, tikus itu adahlah hari malam dan siang yg silih berganti, titiasan madu itu adalah nikmat nikmat dunia yg melalaikan dan ular itu adalah azab Allah bagi org yg lalai.


*jadi hari ini sahabat sahabat...kita perlu berlumba lumba untuk berbuat ibadah di atas muka bumi ini untuk bekalan kita di akhirat nanti dan jaganlah kita terlalu leka dgn nikmat dunia yg hanya sementara/fana ini...;)

Saturday 16 June 2012

Icebreakers...;)


salam kepada semua,

post yg telah saya postkan sebelum ini adalah post dari previous blog saya yg mana adalah blog perkongsian sahabat sahabat saya di sini *senang ckp saya copy past hehe ;) jadi pada fikiran saya baguslah kiranya post post ini menjadi icebreakers kepada saya untuk memulakan blog yg baru ini.

insyaAllah post selepas ini lebih sempoi dan relax hehe...Allah bantu, Allah sayang...;)

*link bagi previous blog saya dan sahabat sahabat drsongo...http://drsongo.blogspot.com

Abu Bakar El Wusti



kata kata dr wali Allah yg bernama Abu Bakar El Wusti...

  • d jln Allah tidak ade dunia, d jalan dunia tidak ade Allah.
  • ibadah yg paling baik itu adalah menggunakan mase.
  • tidak ade org yg dapat melawan Allah
  • buang dunia, dunia itu tidak bernilai kpd Allah.
  • org yg mengenal Allah tidak mahu berdampingan dgn sesiape atau berckp dgn sesiape.
  • tidak ade racun yg paling besar drpd berbangga dgn ibadah sendiri.
  • amal yg d lakukan dgn hati itu lebih bernilai drpd amal yg d lakukan dgn anggota badan.
  • orang yg cinta pade allah, badan nye bertambah kurus.
  • makanan yg paling bagus d dalam dunia adalah mengingati Allah.

*semoga saya dan kalian sentiasa dapat muhasabah diri...Allah bantu, Allah sayang...;)

Abdullah El Jalaa


d petik dari buku yg berjudul tazkirah aulia'
karangan Sheikh Farid El Din Atar
d trjemah oleh Abdull Majid bin Haji Khatib

xxx

kisah wali allah yg bernama Abdullah El Jalaa...,

semasa masih kanak2 lagi, el jalaa meminta kpd ibubapanya membersihkan dirinya kpd allah. mrk pun berbuat demikian. beliau pergi meninggalkan rumahnya dan mengembara mencari jln kesufian bertahun tahun lamanya. kemudian beliau kembali ke rumahnya. setelah sampai ke pinu rumah, beliau pon meminta ibubapanya membuka pintu. tetapi ibubapanya berkata bahawa beliau telah mereka serahkan kpd allah. maka dgn itu kembalilah kpd allah pula.

El Jalaa berkata, "suatu ketika sy telah memandang seorg yahudi yg cantik. akibatnya sy telah d hukum dgn lupakan alquran. setelah betul betul bertaubat barulah sy dapat mengingatkan alquran itu semula".

El Jalaa berkata, semenjak 14 thn yg lalu telah jadi niat saya untk mengkhatamkan bacaan alquran sekali sehari. tetapi sekarang, meskipun 14 thn telah berlalu, namun sy belum pun habis membaca separuh daripadanya. sebabnya ialah dahulu sy tidak membaca nya dgn penuh kesedaran dan kebijaksanaan.



El Jalaa berkata...,

  • mencari mkn menyebabkan kita lupa tuhan dan dgn itu juga menjadikan kita sebagai pengemis yg meminta minta kpd makhluk.
  • apabila d tanya maksud fakir, beliau keluar dari rumahnya dan membuang wang yg ada dalam sakunya, lalu menjawab, "seseorang itu bukn fakir jika dia ada wang dalam sakunya".

*inilah sahabat sahabat kehebatan orang orang yg terdahulu yg bergelar wali/kekasih Allah, keyakinan mereka kepada Allah begitu tinggi sekali AllahuAkhbar. dikatakn jikalau mereka berada pada zaman kita sekarang, mereka akan mengatakan kita adalah orang gila dan kita mengatakan merekalah yg gila. semoga saya dan kalian dapat ambil manfaat dari kisah ini...Allah bantu, Allah sayang...;)


Uwais El Qorni


d petik dari buku yg berjudul tazkirah aulia'
karangan Sheikh Farid El Din Atar
d trjemah oleh Abdull Majid bin Haji Khatib

xxx

kisah wali Allah yg bername Uwais El Qorni...,

seseorg telah memberi qorni beberape keping wang. beliau enggan menerimanye dan berkate beliau hanye mempunyai 2 dirham sahaja, dan itu pun sudah cukup. orang itu berkate, "berape lama wang sebanyak itu akn mencukupi? ". beliau menjawab, "adakah engkau tahu bahawa hidup ku ini tidak tentu (tidak tentu bile nyawa bercerai dgn badan) dan perlu pula kah aku menerima hadiah mu." org itu pun diam.

Qorni biasanye mengelak kan dirinye dari bertemu dgn manusia krn dia memandang hari kiamat itu sangt hampir, dan dia x sanggup membuang masa bergurau, dan lebih baik menghabiskan masa dgn sembahyang.

pendapat pendapat Qorni...,
  • org yg mengenal allah sbg sahabat, tidak akn bersahabat dgn mahluk.
  • tidurlah dgn mati d sampingmu (sentiasa anggap mati itu sgt hampir) dan bile bgn dari tidur jgnlah sangka kamu akn hidup lame lagi.
  • anggaplah quran itu sebg khidir, pemimpin dlm perjalanan dan jgn lupe mati. sentiasalah sembahyang.
  • ingatlah mlm itu utk ibadah bkn untuk tidur.
  • hendaklah benar benar khusyuk dalam sembahyang hinggakan takkala kamu rukuk dan tombak d lontar kpd mu, kamu x akn merasai sakitnye.
  • siape yg b'pakaian indah, mkn lazat lazat dan mempunyai kawan kawan yg kaya, make dia lebih hampir ke neraka drp urat leher nye sendiri.

*mari sesame kt sedekah alfatihah kpd Uwais El Qorni...:)
*insyaAllah sahabat sahabat mari kt same same renung renungkan...Allah bantu, Allah sayang...;)

Durood An Nahariya




Benefits:

Durood-e-Nahariya is a great power. If it is recited daily, it will give such strength and power to the reciter that no one on earth will be able to subdue him. It is a grand success in all the affairs of the world. If this Durood Shareef is recited during days of calamities, Allah Ta'ala will help the reciter from the quarters unknown to the human beings. The reciter will be able to cross every barrier of handicap safely and soundly. In every worldly affair, in every trial and tribulation, success will be his net income.


*semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Allah bantu, Allah sayang...;)

Kelebihan berselawat




 اللهم صل و سلم و بارك على سىدنا محمد وآ له كما لا نهاىة لكمالك وعدد كماله

xxx

mnfaat nyer...,
  • mendapat selawat dari Allah
  • menguatkan ingatan
  • mencerhkan akal
  • memberi ketenangan jiwa
  • memberi nur kpd zahir dan batin
  • melepaskan diri dr kesulitan hidup
  • membuka pintu kebaikan
  • menyembuhkan penyakit
  • mendapat keampunan
  • mendapat syafaat allah


Syeikh Al-Husaini


Beberapa tanda org yg ber'karat' hatinya...,
  • Mereka tidak sedih ketika ketinggalan melakukan amal baik
  • Mereka tidak merasa menyesal pabila melakukan kesalahan
  • Sentiasa berkawan dgn org yg sentiasa lupa kepada NYA.

YA WAHAB, YA SAMI', YA MUQIIT, keluarkan kekotoran dunia dari hati kami, perbaiki sifat buruk kami, kuatkan peribadi kami.

*nasihat untuk saya dan kalian semua...Allah bantu, Allah sayang...;)

Kata hikmah


"ibumu melahirkanmu wahai manusia dalam keadaan menangis sedangkan manusia di sekelilingmu tertawa bahagia maka buatlah untuk dirimu sendiri agar ketika mereka menangis sewaktu hari kematianmu, kamu tertawa bahagia"

*semoga kelak sewaktu seluruh umat manusia dibangkitkan di padang masyar ntti, kita akan dibangkitkan  oleh Allah di kalangan para para rasul dan anbiya, ameen...Allah bantu, Allah sayang...;)

Friday 15 June 2012

What is wrong with the muslim?



Alhamdulillah syukur kpd Allah krn dikurniakan kpd kita nikmat iman dan islam yg mana inilah nikmat yg paling mahal sekali tidak seperti mereka yg masih sesat dan mencari-cari akan kebenaran. maka saya dan kalian semua perlu ade sifat kasih dan sayang kepada mereka supaya mereka ini tidak akn dicampakkan ke dalam api neraka Allah.

sahabat sahabat yg saya kasihi, 

kerja dakwah ini bukan hanya terletak kepada sebahagian orang atau persatuan bahkan keja menyampaikan islam kepada mereka yg bukan beragama islam adalah kerja kita, tanggungjawab seluruh umat islam, supaya di akhirat kelak kita tidak akan dipersalahkan oleh mana mana pihak.

jadi hari ini kita perlu memperbaiki diri kita, diri saya dan belajar belajar untuk bercakap ttg islam, ttg kebesaran kebesaran Allah agar kata kata kata in dapat disemat rapi dalam hati kita dan dapat digunakan untuk jalan dakwah kpd org yg bukan islam mahupun org islam sebagai peringatan.

xxx

ade satu kisah yg mana saya sgt ingin berkongsi kepada sahabat sahabat sekalian, kisah yg mana diceritakan oleh sahabat saya...,

sebuah jemaah dari malaysia yg mana ditugaskan kepada mereka untuk pergi/keluar menyampaikan dakwah islam di korea selama 4 bulan, maka mereka pergi melawat sebuah perkampungan yg mane seluruh penduduk kampung di situ telah memeluk agama islam atas asbab/usaha jemaah yg datang sebelum mereka.

pada suatu hari sebahagian jemaah ini keluar untuk menziarahi penduduk penduduk kampung disitu yg mane merupakan salah satu rutin harian mereka. Dengan berpandukan seorang penduduk kampung yg arif ttg selok belok jalan di situ mereka pun berjalanlah, secara tidak semena mena penunjuk jalan ini telah membawa jemaah tersebut ke sebuah tapak perkuburan org yg bukan islam dan keadaan in membuatkan tanda tanya dikalangan jemaah.

apabila sampai sahaja disana penunjuk jalan ini terus berasa sedih dan menangis teresak lalu berkata "tuan2 lihatlah, ini adalah tapak perkuburan saudara mara saya yg mane mati tanpa ade iman di dalam hati mereka, jadi tuan tuanlah yg bertanggunjawab atas kematian mereka kerana lambat dtg ke sini untuk menyebarkan dakwah islam kepada mereka".


*semoga saya dan kalian dapat mengambil iktibar dan berusaha memperbaiki diri dan menjadikan dakwah sebati dalam hidup kita...:)

Syair kesedaran


wahai pemuda serta pemudi, harapan bangsa tiang negeri
jgn leka berhias diri, amal ibadat segera dicari
kepada Allah jgn berhenti, menjunjung titah berbuat bakti
dosa maksiat jgn kita campuri, terbakar kulit dijilat api
ingat kita kepada tuhan jgn leka minum dan makan
amal ibadat kumpul kumpulkan, dosa maksiat jauh jauhkan
bila tiba insafnya diri, kain putih pembalut badan
tinggal semua yg kita cintai, berbakti hidup sepanjang zaman
tua muda miskin dan kaya, habis sudah meninggal dunia
di dalam kubur tempatnya dia, sakit dan senang kembali amalnya
bila tiba ajalnya mati, tinggal anak saudara saudari
air mata mengalir ke pipi, tidak boleh minta kembali
bila tiba ke liang lahad, baru nk ingat buat ibadat
sedekah puasa sembahyang dan zakat, tapi semuanya sudah terlambat

*syair ini adalah motivasi utk saya, saya kongsikan kepada kalian, semoga kita dapat terapkan dalam kehidupan kita insyaAllah...;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...